Hayabusa 1300GSXR
Page 1 of 1 • Share •
Hayabusa 1300GSXR

Menyedari pasaran Amerika yang semakin berkembang, pelbagai inovasi pada model baru Hayabusa diperkenalkan setiap tahun.
DALAM industri dan dunia motosikal berkuasa tinggi, nama Hayabusa sudah menjadi legenda. Digeruni kerana kuasa dan reka bentuknya yang agresif dan kemunculannya yang sering dinantikan.
Mula diperkenalkan pada 1999, Hayabusa atau dikenali 1300GSXR di sesetengah negara menjadi motosikal Jepun paling pantas pernah dibangunkan dari sudut prestasi.
Model ini juga dianggap kayu pengukur dalam segmen Hypersport, meletakkan standard baru pada sebuah motosikal yang mampu mencatat kelajuan melebihi 300 kilometer (km) sejam.
Hayabusa juga telah memaksa pembuat motosikal lain mencari idea untuk membangunkan motosikal sedemikian rupa. Yamaha dan Honda (BlackBird) nampak telah mengalah, namun Kawasaki masih mahu bertarung dengan mempertaruhkan ZX14, di samping BMW dengan model K1200S.
Suzuki yang menyedari pasaran Amerika yang semakin berkembang terus menerus meninggalkan pesaingnya dengan pelbagai inovasi pada model baru Hayabusa yang diperkenalkan setiap tahun.
Hayabusa dalam bahasa Jepun bermaksud sejenis burung besar (lebih kecil daripada helang). Ia menggambarkan keupayaan sebenar motosikal ini menongkah arus perubahan dalam sudut prestasi.

Satu masa dahulu, kelajuan melebihi 300 km sejam dianggap sesuatu yang melampau untuk jentera beroda dua. Namun segalanya berjaya dilakukan Suzuki dengan menggabungkan aspek penting menjadi satu jentera yang sempurna.
Ia memiliki prestasi dan pengendalian yang jitu. Malah, reka bentuk dengan ekor ‘tebuan’ Hayabusa yang pernah dikritik kini mula diakui memberi sumbangan besar kepada aspek aerodinamik jentera ini secara keseluruhan.
Model 2009 telah diumum untuk pelancaran di Amerika Syarikat (AS). Spesifikasi model 2009 ini menerima beberapa penambahbaikan untuk menyempurnakan lagi motosikal ini.
Asasnya, Hayabusa dijana oleh enjin empat silinder sebaris 1299cc dari tahun pertamanya hingga 2007. Tetapi pada tahun 2008, ia telah ditingkatkan kepada kapasiti 1340cc dan bakal digunakan untuk tahun-tahun mendatang.
Perubahan daripada enjin moden 1999 hingga 2007 kepada blok pembakaran 2008 itu juga didakwa meningkatkan lebih 12 peratus kuasa Busa sehingga 194hp ketika meninggalkan kilang pemasangannya.
Hayabusa menerima pujian melimpah ruah sejak model 2008 berada di pasaran pada awal tahun ini. Namun, ketika penunggang begitu asyik menghayati jentera ini, jurutera di Suzuki bertungkus-lumus memikirkan cara untuk menyegarkan kembali model ini untuk pasaran seterusnya.
Jadi, apabila telah memiliki enjin yang hampir sempurna, hanya beberapa pengubahsuaian kecil dilakukan pada nadi penggeraknya.
Nadi empat silinder 16 injap tersebut kini dipasangkan dengan counter balancer yang dikawal gerigi gear untuk melancarkan operasi. Kotak udara yang menyedut oksigen dari luar telah dibesarkan saiznya, injap-injap titanum yang mula dipasang pada tahun ini telah dikecilkan kepada 14 darjah.
Radiator motosikal ini direka lebih cembung untuk sejukan enjin yang efisien. Bukan itu sahaja, kini dua kipas digunakan untuk menyejukkan enjin dan penyejuk minyak pula mendapat unit baru yang direka dengan 10 liang penyejukan.
Sistem ekzos 4-2-1 juga telah dipertingkatkan dengan kapasiti pengubahbalikan yang lebih besar. Dalam masa yang sama, menepati piawaian Euro 3 dan Tier 2 yang semakin ketat. Injap ekzos ini dikawal Suzuki Exhaust Tuning (SET) untuk meningkatkan tahap efisien pembuangan gas ke udara.
S-DMS (Suzuki Drive Mode Selector), ciri unik yang membolehkan enjin berubah prestasi mengikut mod pemanduan yang mula digunakan pada tahun ini dipertingkatkan keberkesanannya.
Dengan mengambil kira tahap praktikal berbanding prestasi, Suzuki meminjam teknologi S-DMS dari model B-King. B-King juga berkongsi meter dengan papan instrumentasi Hayabusa. Meter bacaannya kini lebih praktikal dan berguna kepada penunggang.
Ia menampilkan takometer analog, meter kelajuan digital, meter takat bahan api, suhu air, sepasang meter batuan, jam, jadual penyelenggaraan, pecutan masa, kelajuan purata, posisi gear dan indikator mod S-DMS.
Kerangka Hayabusa memang menjadi rahsia kejayaan model ini. Selain memiliki kekukuhan yang jitu, ia bertindak cemerlang dengan gabungan komponen lain.
Misalnya, lengan ayun belakang yang diambil dari B-King menerusi binaan 3 seksyen utama, mengurangkan garisan kimpalan dan memperlihatkan hasil akhir yang lebih bersih.
Ciri-ciri pemanduan lain termasuklah peningkatan unit pengesan pada sistem brek anti kekunci ABS serta kemasan pada badan dengan grafik baru
myelegan- Newbie Rider

- Number of posts: 43
Machine: Elegan 150
Registration date: 2008-09-08
Re: Hayabusa 1300GSXR
: berapa hengget mutot nih... 
_________________

Lawati Pusat Sumber Informasi MSC >> SHORT-CUT--Perpustakaan MSC
Namun bagaimana hebat sekalipun perancangan manusia, Allah adalah sebaik-baik Perancang.

hatosmangos- FORUM MODS

- Quote: usia semakin meningkat, umur semakin pendek.
Number of posts: 4162
Age: 40
Location: Kinrara, Puchong
Machine: Modenas Elegan Knight Rider 2008
[Mean Machine]

Registration date: 2008-09-07
Re: Hayabusa 1300GSXR
haha..berapa hinggit?? ahaha..hinggit takder arr kot.. maw puluh riban gak nih.. ker ratus riban...
_________________
Thinks... change is never easy. You fight to hold on. You fight to let go. But sometimes in the winds of change, we find our true direction...

MSC.YASHIMURA- MSC Club Members

- Quote: says believes in 3 rules to live by: 1. make the rules... 2. play by the rules... and 3. RULE THE GAME...
Number of posts: 8006
Age: 29
Location: USJ 9 Subang Jaya
Machine: Kawasaki Versys 650 sudahhh~~~
Registration date: 2008-09-07

Re: Hayabusa 1300GSXR

Test bike Hayabusa to Genting....hehehe
Yang diidam- idamkan ..........meleleh dibuetnya!

adjerms- FORUM MODS

- Number of posts: 393
Age: 40
Location: Kuala Lumpur / Damansara - Home Stay Alor Setar
Machine: Virago 250 - 1993-97
Yamaha Drag Star 650 - 1997-97
Yamaha Majesty 250- 1997-2000
Elegan's 150- 2007-2009
GTS 200 - 2011 present
Registration date: 2008-12-09

Similar topics» Hayabusa 1300GSXR
» Looking at a hayabusa tommorow
» Thinking of buying a Hayabusa.
» The Phoenix will never die...Hayabusa HL
» ????-Hayabusa-Falcon arrow immortal pheonix thread
» Looking at a hayabusa tommorow
» Thinking of buying a Hayabusa.
» The Phoenix will never die...Hayabusa HL
» ????-Hayabusa-Falcon arrow immortal pheonix thread
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum